Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pekerja Hotel Ditahan Dipercayai Tanam Pokok Ganja

Published: 11 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata pihaknya menemui pasu kecil yang mengandungi 14 batang anak pokok yang disyaki pokok ganja di pangsapuri tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pekerja-hotel-ditahan-dipercayai-tanam-pokok-ganja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:00 MYT

Johor Baharu, 11 Sept- Dua pekerja hotel ditahan di pangsapuri Bukit Saujana di sini semalam kerana disyaki menanam pokok ganja.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata pihaknya menemui pasu kecil yang mengandungi 14 batang anak pokok yang disyaki pokok ganja di pangsapuri tersebut.

"Turut ditemui dari pangsapuri yang didiami seorang lelaki berumur 29 tahun dan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun itu ialah 14 biji benih yang disyaki ganja dan paket yang di dalamnya terdapat tumbuhan kering disyaki ganja.

"Ketika serbuan, mereka enggan membuka pintu, lalu pihak polis terpaksa memecahkan pintu tersebut," katanya.

Beliau berkata turut dirampas ialah empat ketul mampat yang dipercayai ganja serta alat penimbang.

Mereka didakwa kerana memiliki dan mengedar ganja, katanya.- BERNAMA


ArticlePublished 11 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM