Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Peguam Buruan Polis Selama Tiga Tahun Ditahan Hari Ini

Published: 02 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang peguam lelaki yang diburu polis Malaysia selama lebih tiga tahun dipercayai terbabit dalam jenayah komersial ditahan di negara jiran, Singapura pada 10 pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peguam-buruan-polis-selama-tiga-tahun-ditahan-hari-ini
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:44 MYT

Johor Bahru, 2 Sept - Seorang peguam lelaki yang diburu polis Malaysia selama lebih tiga tahun dipercayai terbabit dalam jenayah komersial ditahan di negara jiran, Singapura pada 10 pagi tadi.

Ketua Polis Johor Datuk Rusli Ahmad yang mengesahkan penahanan itu, berkata suspek berusia lingkungan 40-an ditahan setelah polis Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atasnya dan memaklumkan kepada polis Singapura.

"Dia dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dengan menaiki penerbangan dari Timur Tengah kira-kira 8 malam pada Selasa.

"Menerusi perintah mahkamah yang diperoleh, kami akan membawa pulang suspek ke negeri ini untuk siasatan lanjut," katanya tanpa mendedah nama peguam itu, di sini hari ini.

Suspek dikehendaki polis Malaysia kerana dipercayai terlibat dengan kes penipuan berjumlah RM660,000. - BERNAMA

ArticlePublished 02 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM