Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pegawai Polis Tolak Rasuah Rm50 000 Demi Jaga Integriti

Diterbitkan: 15 Jan 2025 1.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 15 Januari 2025 - Tawaran rasuah sebanyak RM50,000 tidak mampu menggugat integriti seorang pegawai polis, Inspektor Mohd. Tarmizi Said, 40, yang disogok sindiket penyeludupan subsidi pada 2023.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pegawai-polis-tolak-rasuah-rm50-000-demi-jaga-integriti
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:08 MYT
KERATAN AKHBAR PILIHAN: 
Kuala Lumpur, 15 Januari 2025 - Tawaran rasuah sebanyak RM50,000 tidak mampu menggugat integriti seorang pegawai polis, Inspektor Mohd. Tarmizi Said, 40, yang disogok sindiket penyeludupan subsidi pada 2023.
 
Beliau yang ketika itu bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Selangor berkata, kejadian berlaku semasa menjalankan operasi membanteras penyeludupan sebelum ditawarkan rasuah oleh sindiket terbabit.

“Tiba-tiba didatangi seorang individu sebelum menawarkan RM50,000. Saya turut memberi amaran kepadanya tidak berbuat demikian tetapi dia tetap dengan tawaran itu (rasuah) menyebabkan saya akhirnya menahan dia.

“Tiada apa saya patut dibanggakan sebab ini tanggungjawab sebagai pegawai polis yang mana menjalankan tugas di lapangan dan hadapi dugaan seperti cubaan rasuah, tanggungjawab saya sebagai pegawai polis untuk membanteras perkara ini secara tak langsung menjaga nama baik PDRM,” katanya.

Inspektor Mohd. Tarmizi antara 200 pegawai dan anggota polis menerima sijil penghargaan dan anugerah kerana tindakan berani dan nilai budi pekerti tinggi oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) KL, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 15 Jan 2025 1.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM