Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pegawai Kanan Polis Cedera Dirempuh Samseng Jalanan

Diterbitkan: 27 Aug 2017 7.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuching: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) cedera selepas dirempuh sebuah motosikal yang melarikan diri dalam satu operasi khas jam 3.30 pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pegawai-kanan-polis-cedera-dirempuh-samseng-jalanan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 21:55 MYT

PEGAWAI KANAN POLIS CEDERA DIREMPUH SAMSENG JALANAN

Kuching: Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) cedera selepas dirempuh sebuah motosikal yang melarikan diri dalam satu operasi khas jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika mengesahkan kejadian berkata insiden berlaku di bulatan Kampung Gersik, dekat sini.

"Pegawai terbabit, ASP Mohd Fauzi Mohammat sedang mengeluarkan saman terhadap sebuah motosikal, sebelum sebuah motosikal lain merempuh sekatan dan mangsa sebelum memecut lari.

Akibat rempuhan tersebut, Mohd Fauzi yang juga pegawai penyelaras kereta peronda IPD Kuching cedera di kedua-dua belah kaki selain mengalami hentakan di kepala.

"Beliau dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Umum Sarawak.

Kata Abang Ahmad, pihaknya sedang memburu penunggang motosikal terbabit.

"Cabaran ini tidak akan melemahkan kita dan operasi cegah jenayah sebegini akan tetap diteruskan.

"Malah kita menyeru orang ramai agar sama-sama membanteras samseng jalanan di bandar raya Kuching dengan menyalurkan maklumat mengenai mereka," katanya.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pegawai-kanan-polis-cedera-dirempuh-samseng-jalanan-153576
ArtikelDiterbitkan 27 Aug 2017 7.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM