Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pecah Rumah Polis Putrajaya Tahan Lima Remaja

Published: 18 Jun 2014 1.21 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Putrajaya, 20 Sept - Polis menahan lima remaja lelaki dipercayai melakukan 12 kes pecah rumah di Presint 17 dan 18 di sini sejak Mac lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pecah-rumah-polis-putrajaya-tahan-lima-remaja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:13 MYT

Putrajaya, 20 Sept - Polis menahan lima remaja lelaki dipercayai melakukan 12 kes pecah rumah di Presint 17 dan 18 di sini sejak Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata kelima-lima remaja berumur antara 16 dan 21 tahun itu ditahan di kawasan berasingan pada Ahad hingga Rabu lepas.

"Polis berjaya merampas 24 barang yang dipercayai barang curi bernilai RM35,000 antaranya jam tangan jenama Omega, telefon bimbit dan kamera," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Abdul Razak berkata kesemua suspek tiada rekod jenayah itu kini ditahan reman untuk siasatan.

Menurut beliau, kebanyakan rumah yang dipecah masuk adalah rumah yang tidak berkunci terutamanya di bahagian dapur dan bilik air.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata tiga lelaki warga Nigeria ditahan pada 12 Sept kerana disyaki terlibat dalam jenayah "black money" dengan menipu seorang ibu tunggal membabitkan transaksi RM88,000.

"Mangsa yang berumur 55 tahun telah berkenalan dengan suspek melalui Facebook sejak Julai lalu dan turut ditawarkan untuk berkahwin dengan salah seorang daripada suspek," katanya.

Mangsa telah diperdaya untuk menyerahkan wang tersebut secara berperingkat selain turut memberikan nombor akaun serta kad bank miliknya, katanya.

"Polis bertindak selepas anak mangsa membuat laporan polis dan suspek kemudian berjaya ditahan di sebuah rumah di Puchong, Selangor," katanya.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.21 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM