Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrmtolakrasuah Video Pilihan Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia 2020 2024

Published: 01 Nov 2022 7.41 AM Updated: 15 Aug 2026 6.31 PM
Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2020-2024 merupakan satu dasar Pasukan yang menekankan tiga fokus utama iaitu; Governans, Integriti serta Rasuah dalam organisasi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-video-pilihan-pelan-antirasuah-polis-diraja-malaysia-2020-2024
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:31 MYT
Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2020-2024 merupakan satu dasar Pasukan yang menekankan tiga fokus utama iaitu; Governans, Integriti serta Rasuah dalam organisasi.

Ia juga menekankan tiga matlamat utama iaitu memperkasakan tadbir urus PDRM dalam pengurusan sumber manusia, risikan keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, siasatan dan pendakwaan, ketenteraman awam serta pengurusan kewangan dan perolehan.

Selain itu, ia juga bertujuan memperkukuhkan lagi amalan integriti melalui pemerkasaan kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti warga PDRM terhadap pematuhan kod etika, peraturan serta disiplin Pasukan.

Manakala yang terakhir pula, ia bertujuan mengekalkan keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan kepada agama, bangsa serta negara.

Saksikan video Pelan Antirasuah PDRM 2020-2024 yang dihasilkan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard sebagai inisiatif PDRM meningkatkan integriti dan seterusnya dapat membanteras rasuah di kalangan warga Pasukan.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#01112022

Pautan: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/2395071724003115/

Pdrmtolakrasuah Video Pilihan Pelan Antirasuah Polis Diraja Malaysia 2020 2024
ArticlePublished 01 Nov 2022 7.41 AMUpdated 15 Aug 2026 6.31 PM