Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Perlu Contohi Ketegasan Kpn Dalam Dedahkan Isu Rasuah Sprm

Published: 25 Nov 2023 3.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 25 November 2023 - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji kelantangan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dalam mendedahkan 121 anggota polis ditahan agensi ini sejak Januari lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-perlu-contohi-ketegasan-kpn-dalam-dedahkan-isu-rasuah-sprm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
Petaling Jaya, 25 November 2023 - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji kelantangan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dalam mendedahkan 121 anggota polis ditahan agensi ini sejak Januari lalu.

Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kenyataan daripada KPN menunjukkan ketulusan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa dalam badan tersebut.

“Walaupun jumlah bilangan yang ditahan itu tidak ramai berbanding dengan jumlah keanggotaan polis, pendedahan ini menunjukkan KPN serius menegakkan isu integriti dalam kalangan anggota-anggota polis.

“Ini patut dicontohi oleh agensi-agensi lain,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam memberitahu, beliau juga ada membuat pertemuan dengan Tan Sri Razarudin pada minggu lalu.

“Dalam perbincangan tersebut, polis ingin mengukuhkan kerjasama di samping berkongsi maklumat,” jelasnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia di lampiran.
 
ArticlePublished 25 Nov 2023 3.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM