Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Pengarah Syarikat Didakwa Sogok Rm50 550 Minta Polis Lepas Tindakan

Diterbitkan: 09 Feb 2023 4.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Shah Alam, 9 Februari 2023 - Seorang pengarah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam atas dua pertuduhan menawar dan memberi sogokan kepada pegawai kanan polis supaya tidak mengambil tindakan kerana memililki minyak subsidi tanpa lesen, minggu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-pengarah-syarikat-didakwa-sogok-rm50-550-minta-polis-lepas-tindakan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:36 MYT
Shah Alam, 9 Februari 2023 - Seorang pengarah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam atas dua pertuduhan menawar dan memberi sogokan kepada pegawai kanan polis supaya tidak mengambil tindakan kerana memililki minyak subsidi tanpa lesen, minggu lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, Keh Teck Chuan, 53, didakwa menawar suapan RM50,000 kepada seorang lelaki yang juga pegawai polis berusia 39 tahun yang bertugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa secara rasuah memberi suapan RM50,550 kepada polis sama.

Kedua-dua pertuduhan didakwa dilakukan tertuduh sebagai dorongan tiada tindakan diambil ke atasnya atas kesalahan memiliki minyak subsidi tanpa lesen.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

No photo description available.


ArtikelDiterbitkan 09 Feb 2023 4.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM