
Article
Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Pengarah Syarikat Didakwa Sogok Rm50 550 Minta Polis Lepas Tindakan
Shah Alam, 9 Februari 2023 - Seorang pengarah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam atas dua pertuduhan menawar dan memberi sogokan kepada peg...
Shah Alam, 9 Februari 2023 - Seorang pengarah syarikat pembinaan didakwa di Mahkamah Sesyen, semalam atas dua pertuduhan menawar dan memberi sogokan kepada pegawai kanan polis supaya tidak mengambil tindakan kerana memililki minyak subsidi tanpa lesen, minggu lalu.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa secara rasuah memberi suapan RM50,550 kepada polis sama.
Kedua-dua pertuduhan didakwa dilakukan tertuduh sebagai dorongan tiada tindakan diambil ke atasnya atas kesalahan memiliki minyak subsidi tanpa lesen.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.