Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Cuba Suap Polis Dijel Sebulan Denda Rm10 000

Published: 30 May 2024 3.00 AM Updated: 15 Aug 2026 8.10 PM
Seberang Perai, 30 Mei 2024 - Seorang operator kilang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah menawarkan suapan berjumlah RM249 di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-lelaki-cuba-suap-polis-dijel-sebulan-denda-rm10-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
Seberang Perai, 30 Mei 2024 - Seorang operator kilang warga Bangladesh dijatuhi hukuman penjara satu bulan dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah menawarkan suapan berjumlah RM249 di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini semalam.
Tertuduh, Md Sabber Rahman, 45, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menawarkan suapan berjumlah RM249 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal sebagai dorongan supaya tidak mengenakan tindakan ekoran tertuduh tidak memiliki lesen memandu selain pasport tamat tempoh.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 Januari lalu di Balai Polis Machang Bubok, Bukit Mertajam kira-kira pukul 7.20 petang.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 30 May 2024 3.00 AMUpdated 15 Aug 2026 8.10 PM