Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrmtolakrasuah Keratan Akhbar Pilihan Cuba Sogok Anggota Polis Rm2 500

Published: 24 Jan 2025 3.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor Bahru, 24 Januari 2025 - Seorang lelaki sanggup menyogok wang sebanyak RM2,500 kepada anggota polis untuk melepaskan diri daripada diambil tindakan undang-undang selepas didapati membawa pelbagai mercun dan bunga api tanpa lesen di Taman Desa Seri Endau, Mersing pada Isnin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrmtolakrasuah-keratan-akhbar-pilihan-cuba-sogok-anggota-polis-rm2-500
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:17 MYT
 
Johor Bahru, 24 Januari 2025 - Seorang lelaki sanggup menyogok wang sebanyak RM2,500 kepada anggota polis untuk melepaskan diri daripada diambil tindakan undang-undang selepas didapati membawa pelbagai mercun dan bunga api tanpa lesen di Taman Desa Seri Endau, Mersing pada Isnin.

Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan ketika sepasukan polis dari Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing menjalankan tugas pemantauan di kawasan berkenaan pada jam 10.30 malam.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas anggotanya mengesan pergerakan sebuah Toyota Vios berwarna putih dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kereta ini menjumpai pelbagai jenis mercun serta bunga api yang disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta.

“Lelaki ini juga gagal mengemukakan lesen yang sah berhubung pemilikan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text


ArticlePublished 24 Jan 2025 3.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM