Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Tumpaskan Penyeludupan Rokok Rm5 8 Juta Termasuk Cukai

Diterbitkan: 05 Jun 2018 4.36 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 4 Jun 2018 - Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas PolisDiraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok bernilai RM5.8 juta termasuk cukai di dua lokasi di negeri ini, hujung bulan lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-tumpaskan-penyeludupan-rokok-rm5-8-juta-termasuk-cukai
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:43 MYT

Johor Bahru, 4 Jun 2018 - Bahagian Perisikan dan Siasatan Khas PolisDiraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok bernilai RM5.8 juta termasuk cukai di dua lokasi di negeri ini, hujung bulan lepas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, rampasan setengah juta paket rokok di dalam 1,065 kotak pada 22 Mei lepas menjadikannya rampasan rokok haram terbesar setakat ini tahun ini.

"Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis telah melancarkan operasi di selatan Johor dan berpecah kepada dua pasukan.

"Di Ayer Baloi dekat Pontian, sebanyak 550 kotak mengandungi rokok bernilai RM3 juta termasuk cukai dapat dirampas.

“Rampasan kedua membabitkan 515 kotak rokok bernilai RM2.8 juta termasuk cukai dalam sebuah lori di Lebuhraya Pasir Gudang," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, kesemua rokok yang dirampas itu dipercayai dari negara jiran dan untuk pasaran warga asing yang bekerja di negara ini.

Seramai tiga lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 42 tahun turut ditahan di kedua-dua lokasi tersebut tetapi mereka dibebaskan dengan jaminanpolis sementara menunggu pendakwaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam dan polis giat mengesan anggota lain kumpulan itu,” katanya.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 05 Jun 2018 4.36 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM