Pdrm Tuan Rumah Perhimpunan Bulanan Kdn Bagi Bulan Februari 2018
Putrajaya, 8 Februari 2018 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah terpilih sebagai penganjur utama bagi Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada bulan ini yang diadakan di Dewan Auditorium Aras 5, Blok D8, Kompleks D, di sini, sebentar tadi.
Perhimpunan kali pertama sebelum ini telah dianjurkan oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) pada Januari lalu.
Menghimpunkan lebih seribu penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi yang bernaung di bawah payung KDN, perhimpunan pada hari ini turut diserikan dengan variasi persembahan daripada pegawai dan anggota PDRM yang memaknakan mesej kecintaan kepada keamanan tanah air.
Dalam pada itu, semua hadirin turut diberikan amanat oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkenaan penerapan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam setiap penjawat awam terutamanya yang berkhidmat di bawah KDN.
Majlis pada hari ini turut menyaksikan Pelancaran Manual Dan Sistem Pemprofilan Rekrutmen Bagi Penguatkuasa KDN, PDRM Serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Tidak ketinggalan, upacara penyampaian sijil penghargaan kepada 13 pegawai kanan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Cawangan Khas yang cemerlang dalam pelbagai operasi sepanjang tahun 2017.
PDRM pada hari ini telah diwakili oleh Pengarah Pengurusan PDRM, Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab serta barisan-barisan pengarah, pegawai-pegawai kanan serta pegawai pangkat rendah PDRM.
Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Nur Jazlan Tan Sri Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Masir Kujat, Ketua Setiausaha KDN, Dato’ Sri Alwi Haji Ibrahim, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah KDN serta wakil-wakil media.
Bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam..
Bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam..
Antara warga KDN yang hadir...
Antara warga KDN yang hadir...
Persembahan deklamasi sajak bertajuk 'Pahlawanku' daripada L/Kpl Nik Mustaqim Nik Musa dan Koperal Sulastrie Abdul Fattah...
Persembahan deklamasi sajak bertajuk 'Pahlawanku' daripada L/Kpl Nik Mustaqim Nik Musa dan Koperal Sulastrie Abdul Fattah...
Persembahan Kumpulan Ghazal PDRM dengan iringan penari-penari Badan Seni Budaya PDRM..
Persembahan Kumpulan Ghazal PDRM dengan iringan penari-penari Badan Seni Budaya PDRM..
Ucapan dan amanat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...
Gimik pelancaran Manual Dan Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) yang disempurnakan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...Gimik pelancaran Manual Dan Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) yang disempurnakan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...
Gimik pelancaran Manual Dan Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPIER) yang disempurnakan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...