Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Tidak Akan Siasat Wang Tebusan

Diterbitkan: 21 Jun 2016 6.32 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.25 PM
Polis tidak akan menyiasat isu wang tebusan berjumlah RM12 juta yang didakwa diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf bagi tujuan pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau telah menjelaskan apa yang berlaku dan tiada sebab untuk pihaknya menyiasat perkara itu. "Tiada sebab untuk kita menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit i
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-tidak-akan-siasat-wang-tebusan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 20:40 MYT
PDRM TIDAK AKAN SIASAT WANG TEBUSANPolis tidak akan menyiasat isu wang tebusan berjumlah RM12 juta yang didakwa diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf bagi tujuan pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, beliau telah menjelaskan apa yang berlaku dan tiada sebab untuk pihaknya menyiasat perkara itu. 

"Tiada sebab untuk kita menyiasat kerana kita tahu mana pergi duit itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyera-han Bungkusan Kuih Raya PDRM.

Tiga hari lalu, Tan Sri Khalid menafikan pihaknya telah menerima dan membayar wang tebusan berjumlah RM12 juta kepada penculik bagi membebaskan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina. 

Menurutnya, wang tebusan tersebut dipercayai diserahkan sendiri oleh keluarga mangsa kepada ejen atau pihak ketiga yang berurusan dengan pihak penculik dan pihaknya hanya memastikan tahap keselamatan mereka terjamin. 

Sumber : Utusan Malaysia
ArtikelDiterbitkan 21 Jun 2016 6.32 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.25 PM