
Pdrm Teruskan Kerjasama Tangani Penyeludupan Manusia
Oleh : Kpl Edwind Indo
Kuala Lumpur, 24 Nov – “Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan kerjasama dengan University Of Derby dalam usaha menangani masalah penyeludupan manusia melalui seminar, bengkel dan persidangan di peringkat yang lebih tinggi”, ujar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh dalam sidang media Majlis Penutup ‘Effective Interventions In Transnational Human Trafficking Conference’ di Maktab PDRM, semalam.
Persidangan itu bertepatan dengan apa yang telah dicapai dalam persidangan Asean Summit yang berlangsung baru-baru ini.
‘Negara-negara asia telah bersetuju supaya masalah ini ditangani bersama oleh semua negara kerana ia melibatkan jenayah rentas sempadan, dari negara ke negara yang lain. Oleh itu tanpa kerjasama antara negara jiran, penyeludupan manusai ini tidak akan dapat diselesaikan”, tambah beliau lagi.
Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu disertai lebih kurang 100 peserta kalangan Ketua Polis Negeri, Ketua Jabatan Polis Negeri, Komander Briged dan agensi penguatkuasa undang-undang yang lain.
Beliau turut berharap agar persidangan yang dikendalikan oleh barisan pensyarah yang berkaliber dan berpengetahuan tinggi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta yang mengambil bahagian.

Dari kiri... Prof Kevin Bamton, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohmad Salleh, Dato' Dr. Yew Chong Hooi dan Dr. Kassim Noor Mohamed berbual mesra selepas sidang akhbar Penutup ‘Effective Interventions In Transnational Human Trafficking Conference’ di Maktab PDRM, semalam