Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Terokai Potensi Ai Bagi Transformasi Digital Pasukan

Published: 07 Nov 2025 6.58 AM Updated: 22 Sep 2026 3.14 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus melangkah ke hadapan dalam meneroka potensi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai pemangkin utama transformasi digital Pasukan, bagi memperkukuh lagi keupayaan menangani ancaman jenayah serta memastikan keselamatan masyarakat dan negara sentiasa terjamin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terokai-potensi-ai-bagi-transformasi-digital-pasukan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:44 MYT
Cheras, 7 November 2025 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus melangkah ke hadapan dalam meneroka potensi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai pemangkin utama transformasi digital Pasukan, bagi memperkukuh lagi keupayaan menangani ancaman jenayah serta memastikan keselamatan masyarakat dan negara sentiasa terjamin.

Inisiatif itu dizahirkan melalui penganjuran Seminar AI Pengurusan Tertinggi PDRM yang berlangsung di Dewan Ketua Polis Negara (KPN), Maktab PDRM Kuala Lumpur, dengan penyertaan seramai 52 pegawai kanan pengurusan tertinggi di peringkat Bukit Aman, kontinjen, bridged dan formasi.

Seminar berkenaan turut mendapat kerjasama strategik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui penglibatan tenaga pakar dalam bidang AI, sekali gus memperkukuh sinergi antara institusi akademik dan pasukan keselamatan dalam memperluas pengetahuan serta kemahiran digital dalam kalangan kepimpinan Pasukan.
Dalam ucapan perasmiannya, KPN, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan bahawa penganjuran seminar tersebut bukan sekadar wadah perkongsian ilmu, malah merupakan inisiatif strategik untuk memperkukuh hala tuju PDRM dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 dan kemunculan teknologi Generatif AI.

“Sejajar dengan aspirasi Fokus Utama KPN ke arah kepolisan yang dipacu oleh teknologi dan AI, seminar ini turut mendukung aspirasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menekankan konsep ‘AI for KDN, KDN for AI’,” ujar beliau.

Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut menegaskan bahawa PDRM kini berada dalam fasa penting di mana kecekapan dan ketepatan keputusan amat bergantung kepada data, automasi dan AI.

“Dalam konteks PDRM, AI bukan sekadar alat teknologi semata-mata, tetapi satu keberdayaan strategik yang meliputi analisis data jenayah, ramalan pola jenayah, pengurusan sumber manusia serta latihan pintar berasaskan e-pembelajaran.

"Teknologi ini dapat mempercepatkan respons terhadap jenayah dan meningkatkan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat secara berterusan,” tambah beliau.
Katanya lagi, penglibatan tenaga pakar UTM membuktikan sinergi erat antara dunia akademik dan pasukan keselamatan dalam memperluas pengetahuan serta membentuk pemikiran digital yang progresif dalam kepimpinan PDRM.

Seminar sehari itu menampilkan tiga sesi utama, iaitu “AI for Public Goods: Opportunities and Boundaries” daripada Dekan Fakulti Kecerdasan Buatan UTM, Profesor Ts. Dr. Mohd Naz’ri Mahrin, seterusnya perkongsian ilmu oleh Penyelaras Akademik Kejuruteraan Elektrik UTM, Profesor Dr. Hazlina Selamat iaitu“Responsible AI Governance and Ethics” dan “AI Risk Management (Hands-on)” yang disampaikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan) UTM, Profesor Madya Dr. Roslina Ibrahim.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, CP Dato' Hamzah Hj. Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, DCP Mohd Asri Md Akhir, barisan pegawai kanan dan tenaga pensyarah serta ahli akademik UTM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text that says 'SELAMAT DATANG R 監 a 0'

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text that says 'BACAAN DOA ំឡ MAKTAB POLIS MAKTABPOLISDIRAJAMALAYSIA DIRAJA DIRAJAMALAYSIA MALAYSIA KUALALUMPUR LUMPUR

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text that says 'rin ial Intellige logi Malays' 25 ይሮአ MAKTABPOLISDIRAJAMALAYSIA MALAYSIA KUALALUMPUR oie'

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of one or more people and text

May be an image of dais and text

May be an image of dais and text


ArticlePublished 07 Nov 2025 6.58 AMUpdated 22 Sep 2026 3.14 PM