Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Terima The Brandlaureate Transformational Brand Award

Published: 03 Jun 2016 2.41 AM Updated: 15 Aug 2026 6.30 PM
Majlis ini dianjurkan bersempena dengan sambutan ulangtahunnya yang ke-10 dalam menghargai dan mengiktiraf jenama-jenama tempatan dari kalangan orang perseorangan ataupun organisasi yang paling cemerlang di dalam Malaysia serta rantau Asia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terima-the-brandlaureate-transformational-brand-award
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:41 MYT

Kuala Lumpur, 3 Jun – Sebuah majlis berprestij untuk Penyampaian Anugerah Brandlaureate Transformational Organization Brand 2015-2016 telah diadakan oleh Asia Pacific Brand Foundation (APBF) di Hotel Majestic, di sini, malam tadi.

Majlis ini dianjurkan bersempena dengan sambutan ulangtahunnya yang ke-10 dalam menghargai dan mengiktiraf jenama-jenama tempatan dari kalangan orang perseorangan ataupun organisasi yang paling cemerlang di dalam Malaysia serta rantau Asia.

President The Brandlaureate, Dr. KK Johan dalam ucapannya turut memaklumkan bahawa APBF telah telah berbesar hati untuk menyampaikan tiga kategori utama anugerahnya iaitu kategori organisasi, produk dan individu. 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada malam yang gilang gemilang ini telah berbesar hati menerima Anugerah The BrandLaureate Transformational Brand Award bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Credit Guarantee Corp Malaysia, Institut Jantung Negara (IJN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kategori yang sama.

Hadir mewakili pucuk pimpinan PDRM dalam majlis itu adalah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh, Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan Dan Pembangunan), Dato’ Rusli Ahmad dan beberapa pegawai kanan PDRM.

Pdrm Terima The Brandlaureate Transformational Brand Award
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohmad Salleh mewakili PDRM untuk menerima Anugerah The BrandLaureate Transformational Brand Award

Pdrm Terima The Brandlaureate Transformational Brand Award
Penerima Anugerah The BrandLaureate Transformational Brand Award bergambar kenangan

Pdrm Terima The Brandlaureate Transformational Brand Award
Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir

Pdrm Terima The Brandlaureate Transformational Brand Award
Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir

Pdrm Terima The Brandlaureate Transformational Brand Award
Antara Pegawai Kanan PDRM yang hadir

ArticlePublished 03 Jun 2016 2.41 AMUpdated 15 Aug 2026 6.30 PM