Artikel
Pdrm Terima Sumbangan 3 960 Naskah Al Quran
Kuala Lumpur, 20 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sumbangan 3,960 set naskah Al-Quran yang dilengkapi Mushaf Al-Quran bertajwid berwarna, Terj...
Majlis yang berlangsung di Pejabat Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara mewakili seluruh warga PDRM mengucapkan ribuan terima kasih kepada delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diketuai oleh Tuan Haji Ismail Bin Porjo, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diatas sumbangan tersebut dan akan mengagihkannya ke setiap masjid dan surau polis seluruh negara.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDH Datuk Seri Mohd Bakri Bin Mohd Zinin,Timbalan Ketua Polis Negara, Ustaz Mohd Nizam Bin Hj Yahya, Pengurus Bahagian Baitulmal,VIP dan warga kerja PDRM.
Ketibaan YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara.
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.
Tuan Haji Ismail Bin Porjo, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyampaikan ucapan.
Sesi penyampaian sumbangan.
Sesi penyampaian cenderamata.
Sekitar majlis berlangsung.