Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Terima Anugerah Perak Dalam Aiga 2025

Diterbitkan: 22 Oct 2025 11.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 22 Oktober 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh komitmen terhadap amalan integriti dan tadbir urus terbaik apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Perak (Sektor Awam) dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 sempena Majlis Amanat Perdana Integriti (MAPIN) dan AIGA 2025 yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terima-anugerah-perak-dalam-aiga-2025
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:18 MYT
Putrajaya, 22 Oktober 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh komitmen terhadap amalan integriti dan tadbir urus terbaik apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Perak (Sektor Awam) dalam Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2025 sempena Majlis Amanat Perdana Integriti (MAPIN) dan AIGA 2025 yang berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

AIGA 2025 diberikan sebagai pengiktirafan kepada agensi kerajaan dan organisasi yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam memperkukuh nilai integriti, tadbir urus korporat serta langkah-langkah pencegahan rasuah yang berkesan dalam pelaksanaan dasar dan operasi masing-masing.

Dalam majlis tersebut, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM).

Penganugerahan ini mencerminkan usaha berterusan PDRM dalam memperkukuh budaya kerja berintegriti tinggi di setiap peringkat warga pasukan, selaras dengan visi organisasi sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang yang beramanah, telus dan profesional.

Majlis berprestij anjuran IIM itu turut diserikan dengan Amanat Perdana Integriti Nasional oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kemudiannya menyempurnakan penyampaian Anugerah Perdana Menteri bagi Sektor Awam dan Swasta.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS Bukit Aman, DCP Thaipul Bahri Mokhtar, ketua-ketua jabatan kerajaan, ACP Urus Setia JIPS, ACP Wong Ting Lee dan wakil badan berkanun serta pihak swasta.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim.

 
ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2025 11.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM