Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dkpp 2025 Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Kepada 109 Warga Sang Saka Biru

Diterbitkan: 22 Oct 2025 10.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2025 kepada 109 penerima warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balairung Seri, Istana Negara, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dkpp-2025-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-kurnia-darjah-kepahlawanan-pasukan-polis-kepada-109-warga-sang-saka-biru
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:39 MYT
Dkpp 2025 Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Kepada 109 Warga Sang Saka Biru
Laman Utama / Artikel / Dkpp 2025 Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Kepada 109 Warga Sang Saka Biru
Kembali ke Pustaka
Artikel

Dkpp 2025 Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Kurnia Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Kepada 109 Warga Sang Saka Biru

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kep...

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2025 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2025 kepada 109 penerima warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balairung Seri, Istana Negara, di sini.

Mendahului senarai penerima dalam istiadat pagi tadi adalah Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid bersama Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Gilberd Philip Layang yang dikurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) secara kehormat disusuli Ketua Polis (KP) Pulau Pinang, CP Dato’ Ts. Azizee Ismail dan KP Johor, CP Datuk Ab Rahaman Arsad.

Pada istiadat itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Pangkat Kedua Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P.) kepada lima penerima, diikuti Darjah Kebesaran Pangkat Ketiga Pahlawan Pasukan Polis (P.P.P.) (16 penerima), Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Kesatria Pasukan Polis (K.P.P.) (enam penerima) dan Darjah Kebesaran Pangkat Kelima Bentara Pasukan Polis (B.P.P.) seramai 78 penerima.

Majlis penuh istiadat itu turut dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk Hjh. Munirah Che Rose, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah serta Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri yang juga Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Pengurniaan DKPP ini merupakan manifestasi penghargaan tertinggi pihak Kerajaan terhadap jasa, keberanian dan pengorbanan warga PDRM yang terus komited menjaga keselamatan serta keamanan negara.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Abdul Rahman serta barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan PDRM bersama pasangan.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

May be an image of wedding and text

No photo description available.

May be an image of dais and text

May be an image of text

May be an image of dais and text


ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2025 10.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM