Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Terima Anugerah Malaysia S Top 30 Green Catalysts

Published: 30 Jan 2015 3.20 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
KUALA LUMPUR, 30 Jan - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima Anugerah Malaysia’s Top 30 Green Catalysts kerana menjadi perintis dan model yang pertama kepada agensi-agensi kerajaan yang lain dalam melopori pelaksanaan Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau dalam satu majlis yang di adakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur malam semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terima-anugerah-malaysia-s-top-30-green-catalysts
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:21 MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jan 2015 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima Anugerah Malaysia’s Top 30 Green Catalysts kerana menjadi perintis dan model yang pertama kepada agensi-agensi kerajaan yang lain dalam melopori pelaksanaan Amalan Hijau dan Aplikasi Teknologi Hijau dalam satu majlis yang di adakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur malam semalam.

Majlis penyampaian anugerah yang penuh gemilang itu telah disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor kepada Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili Polis Diraja Malaysia.

Majlis anjuran Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada syarikat, organisasi dan individu yang telah memberi sumbangan yang penting dalam aspek alam sekitar, ekonomi dan sosial dalam sektor teknologi hijau negara.

Turut hadir di majlis tersebut, DCP Dato’ Ramli bin Haji Din, Setiausaha Polis Diraja Malaysia, SAC Dato’ Zulkapli bin Ahmad, Timbalan Pengarah II, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, SAC Dato’ Haji Azri bin Ahmad, Timbalan Pengarah III, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

2
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor menyampaikan anugerah kepada Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili Polis Diraja Malaysia.

1
Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor menyampaikan anugerah kepada Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili Polis Diraja Malaysia.

3
Dato’ Sri Noor Rashid bin Ibrahim, Timbalan Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama yang hadir di majlis tersebut.
ArticlePublished 30 Jan 2015 3.20 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM