Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Terima 904 Kenderaan Baharu Bagi Tingkatkan Kualiti Penugasan Keselamatan

Published: 02 Dec 2020 6.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 2 Disember 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sejumlah 904 kenderaan baharu pelbagai jenis dalam memenuhi keperluan tugas yang semakin mencabar dan memerlukan kenderaan berprestasi tinggi bagi kawalan keselamatan negara.esi
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terima-904-kenderaan-baharu-bagi-tingkatkan-kualiti-penugasan-keselamatan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:23 MYT

Kuala Lumpur, 2 Disember 2020 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sejumlah 904 kenderaan baharu pelbagai jenis dalam memenuhi keperluan tugas yang semakin mencabar dan memerlukan kenderaan berprestasi tinggi bagi kawalan keselamatan negara.

Pengenalan kepada jenis-jenis kenderaan tersebut telah diadakan dalam satu majlis ringkas yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador dengan diiringi Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Datuk Seri Haji Mazlan Lazim di Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Antara kenderaan tersebut termasuk motosikal berkuasa tinggi model BMW Motorrad R1250 GS untuk kegunaan Unit Tindakhas (UTK), van penumpang model Higer Ace 3.0 L dan pacuan empat roda model Toyota Hilux Single Cab 2.4 bagi gunasama dalam operasi yang dilakukan. 

PDRM menerima kesemua kenderaan berkenaan melalui kaedah perolehan pembelian baharu dan secara sewaan. 

Penerimaan kenderaan itu juga sebagai gantian kepada kenderaan lupus, lebih had usia, kenderaan terlibat dalam kemalangan dan tidak ekonomik untuk dibaiki semula, dengan mengambil kira keperluan di peringkat kontinjen serta formasi yang memerlukan aset baharu bagi penugasan operasi cegah jenayah setiap masa.

Selain itu, kenderaan tersebut dilihat mampu meningkatkan perkhidmatan PDRM secara maksimum dan efisien, seterusnya menjamin keselamatan masyarakat. 

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah bekas Ketua Polis Negara yang juga Pengerusi Eksekutif Ammo Defence Solution Sdn. Bhd., Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Pengarah Eksekutif Syarikat Go Auto Sdn. Bhd., Dato’ SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Global Komited Sdn. Bhd., Datuk Ir. Mohd Nasser Israil, Pengarah Urusan Syarikat Sime Darby Rent A Car Sdn. Bhd., Encik Harun Joned, barisan Pengarah PDRM, Timbalan-timbalan Pengarah JLog dan para pegawai kanan PDRM.

Pdrm Terima 904 Kenderaan Baharu Bagi Tingkatkan Kualiti Penugasan KeselamatanSesi bergambar kenangan.

Pdrm Terima 904 Kenderaan Baharu Bagi Tingkatkan Kualiti Penugasan KeselamatanSekitar Majlis Pengenalan Kenderaan Baharu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Pdrm Terima 904 Kenderaan Baharu Bagi Tingkatkan Kualiti Penugasan Keselamatan
Sekitar Majlis Pengenalan Kenderaan Baharu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Pdrm Terima 904 Kenderaan Baharu Bagi Tingkatkan Kualiti Penugasan KeselamatanPengerusi Eksekutif Ammo Defence Solution Sdn. Bhd., Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun menyampaikan cenderahati kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador.

Pdrm Terima 904 Kenderaan Baharu Bagi Tingkatkan Kualiti Penugasan Keselamatan
Sesi bergambar kenangan.
ArticlePublished 02 Dec 2020 6.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM