Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Terima 30 000 Bungkusan Raya

Diterbitkan: 13 Jun 2016 8.16 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.26 PM
Sumbangan berupa rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi himpit telah disampaikan oleh Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim mewakili Ketua Polis Negara serta seluruh warga PDRM.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-terima-30-000-bungkusan-raya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:52 MYT

Kuala Lumpur, 13 Jun – Keperihatinan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) terhadap pengorbanan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diterjemahkan melalui sumbangan 30,000 bungkusan hari raya dalam satu majlis yang berlangsung di bangunan BAKTI Siti Hasmah, dekat sini, pagi tadi.

Sumbangan berupa rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi himpit telah disampaikan oleh Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim mewakili Ketua Polis Negara serta seluruh warga PDRM.

Tan Sri Noor Rashid dalam ucapannya berkata, program seumpama ini yang diadakan setiap tahun mampu mengeratkan silaturahim di antara warga BAKTI dan seluruh warga pasukan keselamatan negara yang bakal bertugas di hari lebaran kelak.

“Dapat dilihat betapa pihak BAKTI mengambil berat tentang kebajikan dan pengorbanan pasukan keselamatan negara yang akan bertugas pada hari lebaran nanti. Warga PDRM menghargai usaha murni ini”, ujar beliau.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Ahmad Puzi Haji Ab Kahar, Naib Yang DiPertua BAKTI, Datin Seri Hamidah Khamis, Pegawai-pegawai kanan Pasukan Keselamatan Negara, warga BAKTI dan rakan media.

Pdrm Terima 30 000 Bungkusan Raya
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid menerima bungkusan raya daripada Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Pdrm Terima 30 000 Bungkusan Raya
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zulkifeli Mohd Zin menerima bungkusan raya daripada Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Pdrm Terima 30 000 Bungkusan Raya
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Ahmad Puzi Haji Ab Kahar menerima bungkusan raya daripada Yang DiPertua BAKTI, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor

Pdrm Terima 30 000 Bungkusan Raya
Sekitar majlis

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2016 8.16 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.26 PM