Pdrm Tangkap Dan Rampas Jenayah Ah Long
Kuala Lumpur, 7 Ogos 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) pada hari ini telah mengadakan satu siaran media berkenaan kejayaan JSJK menangkap 29 ahli sindiket Ah Long, berumur sekitar 18 hingga 41 tahun di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah sepanjang 30 Julai hingga 3 Ogos 2017.
Hasil semakan mendapati sindiket ini juga terlibat dengan 20 laporan polis melibatkan jumlah pinjaman wang sebanyak RM575,950.
Polis turut merampas peralatan yang mereka gunakan seperti 68 unit telefon bimbit perlbagai jenis, 51 keping kad ATM pelbagai bank, 4 buah laptop, 2 buku bank, 153 keping cek pelbagai bank dan pelbagai dokumen pinjaman Ah Long.
Timbalan Pengarah JSJK, Dato’ A. Thaiveegan dalam sidang media tersebut menasihatkan orang ramai agar mendapatkan pinjaman wang daripada pihak bank atau syarikat-syaritkat yang berdaftar dan tidak takut untuk membuat laporan polis sekiranya menerima gangguan ataupun ugutan daripada Ah Long agar pihak polis boleh mengambil tindakan dengan segera.Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Dato’ A. Thaiveegan menunjukkan Antara barangan yang dirampas.
Antara barang yang diarmpas.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Dato’ A. Thaiveegan menunjukkan Antara barangan yang dirampas
Antara kenderaan yang dirampas.
Antara barang yang dirampas.