Pdrm Sumbang Van Kepada Dua Buah Sekolah Tahfiz
Kuala Lumpur, 9 Oktober – Sebanyak empat buah kenderaan jenis Perodua Rusa telah diserahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada dua buah Maahad Tahfiz iaitu Maahad Tahfiz Baitul Aini dan Maahad Tahfiz Al-Quran As-Solahiyyah dalam satu majlis penyerahan kenderaan itu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, pagi tadi.
Majlis itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT), Dato’ Zaleha Abdul Rahman yang mewakili pucuk pimpinan PDRM kepada Pengerusi Maahad Tahfiz Baitul Aini, Datin Hajjah Noraini Abdullah dan Penasihat Maahad Tahfiz Al-Quran As-Solahiyyah, Tuan Haji Suhaimi Dzajuli.
Sumbangan itu dibuat oleh PDRM bagi membolehkan para pengajar dan pelajar di kedua-dua sekolah Tahfiz di Kuang, Selangor berkenaan dapat menggunakannya dalam urusan seharian mereka.
Terdahulu, majlis turut diserikan lagi dengan bacaan ayat Al-Quran dan juga selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta pertunjukan motorsikal oleh anggota PDRM dan diakhiri dengan sesi bergambar.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan) StaRT, SAC Hishamudin Tahir, para pegawai kanan dari Jabatan StaRT dan PULAPOL Kuala Lumpur serta para pelajar dari kedua-dua Maahad Tahfiz terbabit.
GAMBAR SEPANJANG MAJLIS