Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Sedia Laksanakan Dasar Kerajaan Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Pendatang

Diterbitkan: 21 May 2015 12.46 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seremban, 21 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan apa juga dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang masih terkandas di laut, dilaksana.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sedia-laksanakan-dasar-kerajaan-hulur-bantuan-kemanusiaan-kepada-pendatang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:16 MYT


Seremban, 21 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan apa juga dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang masih terkandas di laut, dilaksana.

Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar berkata apabila kerajaan telah membuat dasar sedemikian, pihaknya akan memastikan dasar berkenaan akan dilaksanakan dengan sempurna.

"Kita bersama agensi yang lain akan mengadakan pertemuan dan berbincang mengenainya termasuk akan mengenal pasti kawasan (tempat) perlindungan sementara.

Kalau kerajaan telah membuat dasar untuk menerima 7,000 pendatang, jadi, semestinya tempat akan disediakan dan kita akan membantu dari segi melaksanakan dasar itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bahawa Indonesia dan Malaysia bersetuju untuk terus menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan menawarkan tempat perlindungan sementara kepada 7,000 pendatang yang masih terkandas di laut.

- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 21 May 2015 12.46 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM