Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Sedia Hadapi Pru 13

Diterbitkan: 12 Jun 2014 6.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
"Peranan dan tugas polis semasa pilihan raya adalah sama iaitu untuk menjamin keamanan serta keselamatan, dan secara langsungnya menentukan ketenteraman awam sentiasa terkawal,"..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sedia-hadapi-pru-13
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:24 MYT

Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo



PDRM Sedia Hadapi PRU-13

CHERAS, 11 Mac – Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar mengingatkan ketua-ketua polis daerah supaya sentiasa meletakkan asas penugasan polis untuk bertindak tanpa menyebelahi mana-mana pihak pada sepanjang masa, termasuklah di musim PRU-13. Ini, kata beliau, adalah penting sebagai tonggak integriti pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Peranan dan tugas polis semasa pilihan raya adalah sama iaitu untuk menjamin keamanan serta keselamatan, dan secara langsungnya menentukan ketenteraman awam sentiasa terkawal," ujar beliau.

Namun, beliau menjelaskan kerancakan kempen mengenai ideologi politik boleh menyebabkan ancaman kepada ketenteraman awam, sama ada menjelang, sewaktu atau selepas pilihan raya.

"
Lebih-lebih lagi dalam konteks sekarang, semua tindakan kita mungkin akan diperhalusi satu- persatu oleh semua pihak yang berkepentingan," tambahnya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi telah menekankan kepada semua peringkat jabatan mahupun kontinjen-kontinjen yang bertugas agar memastikan kesiapsagaan perancangan dan keperluan logistik serta komunikasi di tahap yang terbaik dalam memastikan PRU kali ini berjalan dengan lancar.

Beliau juga mengingatkan agar petugas yang terlibat sentiasa profesional dalam menghadapi sebarang situasi dan cabaran yang bakal dihadapi kelak.

Beliau menegaskan sistem saluran komunikasi yang cekap dengan penyaluran maklumat yang responsif akan dapat menghindarkan fakta dari dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

Justeru, beliau telah mengarahkan supaya sistem komunikasi di peringkat daerah, kontinjen dan ibu pejabat PDRM dipertingkatkan dengan memberi maklumat keselamatan secara berkala kepada masyarakat menerusi taklimat media di peringkat kontinjen dan ibu pejabat.

Beliau berucap demikian sempena Majlis YDH Ketua Polis Negara bersama semua Ketua Polis Daerah, Pegawai Pemerintah Batalion PGA dan Pegawai Pemerintah FRU di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras, petang tadi.

Maklumbalas daripada peserta di majlis tersebut menunjukkan bahawa mereka kini lebih jelas tentang peranan masing-masing ketika menghadapi musim Pilihanraya Umum Ke-13 ini.

Kesemua peserta berharap agar proses demokrasi ini berjalan lancar tanpa insiden yang boleh menjejaskan keharmonian dalam negara.

Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Antara YDH Pengarah-Pengarah Jabatan dan Pegawai Kanan Polis menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
YDH CP Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Kenteraman Awam bersama YDH SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan Maktab menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Ketibaan YDH IG YDH IG Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bersama YDH DIG Tan Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh Pegawai Kanan Polis Maktab PDRM, Cheras

Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Antara YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, YDH Ketua Polis Daerah, YDH Pegawai Pemerintah Batalion PGA dan YDH Pegawai Pemerintah FRU hadir di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras

Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
Penyampaian amanat oleh YDH IG Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
YDH Ketua Polis Negara bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah JSJ membincangkan persediaan PRU-13

Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
YDH Ketua Polis Negara bersalaman dengan antara yang hadir

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 6.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM