Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
PDRM Sedia Hadapi PRU-13
CHERAS,
11 Mac – Ketua Polis Negara, YDH IG Tan Sri Datuk Seri Utama Haji
Ismail bin Haji Omar mengingatkan ketua-ketua polis daerah supaya
sentiasa meletakkan asas penugasan polis untuk bertindak tanpa
menyebelahi mana-mana pihak pada sepanjang masa, termasuklah di musim
PRU-13. Ini, kata beliau, adalah penting sebagai tonggak integriti
pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Peranan
dan tugas polis semasa pilihan raya adalah sama iaitu untuk menjamin
keamanan serta keselamatan, dan secara langsungnya menentukan
ketenteraman awam sentiasa terkawal," ujar beliau.
Namun,
beliau menjelaskan kerancakan kempen mengenai ideologi politik boleh
menyebabkan ancaman kepada ketenteraman awam, sama ada menjelang,
sewaktu atau selepas pilihan raya.
"Lebih-lebih
lagi dalam konteks sekarang, semua tindakan kita mungkin akan
diperhalusi satu- persatu oleh semua pihak yang berkepentingan,"
tambahnya.
Sehubungan
itu, beliau sekali lagi telah menekankan kepada semua peringkat jabatan
mahupun kontinjen-kontinjen yang bertugas agar memastikan kesiapsagaan
perancangan dan keperluan logistik serta komunikasi di tahap yang
terbaik dalam memastikan PRU kali ini berjalan dengan lancar.
Beliau
juga mengingatkan agar petugas yang terlibat sentiasa profesional dalam
menghadapi sebarang situasi dan cabaran yang bakal dihadapi kelak.
Beliau
menegaskan sistem saluran komunikasi yang cekap dengan penyaluran
maklumat yang responsif akan dapat menghindarkan fakta dari dimanipulasi
oleh mana-mana pihak.
Justeru,
beliau telah mengarahkan supaya sistem komunikasi di peringkat daerah,
kontinjen dan ibu pejabat PDRM dipertingkatkan dengan memberi maklumat
keselamatan secara berkala kepada masyarakat menerusi taklimat media di
peringkat kontinjen dan ibu pejabat.
Beliau
berucap demikian sempena Majlis YDH Ketua Polis Negara bersama semua
Ketua Polis Daerah, Pegawai Pemerintah Batalion PGA dan Pegawai
Pemerintah FRU di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras, petang tadi.
Maklumbalas
daripada peserta di majlis tersebut menunjukkan bahawa mereka kini
lebih jelas tentang peranan masing-masing ketika menghadapi musim
Pilihanraya Umum Ke-13 ini.
Kesemua
peserta berharap agar proses demokrasi ini berjalan lancar tanpa
insiden yang boleh menjejaskan keharmonian dalam negara.


Antara YDH Pengarah-Pengarah Jabatan dan Pegawai Kanan Polis menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

YDH
CP Dato' Sri Salleh Bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri Dan Kenteraman Awam bersama YDH SAC Dr. Yew Chong Hooi, Komandan
Maktab menanti ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Ketibaan
YDH IG YDH IG Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua
Polis Negara bersama YDH DIG Tan Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara disambut oleh Pegawai Kanan Polis Maktab PDRM, Cheras






Antara YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, YDH Ketua Polis Daerah, YDH Pegawai Pemerintah Batalion PGA dan YDH Pegawai Pemerintah FRU hadir di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras

Penyampaian amanat oleh YDH IG Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

YDH Ketua Polis Negara bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan YDH Pengarah JSJ membincangkan persediaan PRU-13

YDH Ketua Polis Negara bersalaman dengan antara yang hadir
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Pdrm Sedia Hadapi Pru 13
"Peranan dan tugas polis semasa pilihan raya adalah sama iaitu untuk menjamin keamanan serta keselamatan, dan secara langsungnya menentukan ketenteraman awam sentiasa terkawal,"..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-sedia-hadapi-pru-13
Scan to view the latest live version.