Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Rangkul 3 Emas 1 Perak Dan 3 Gangsa Dalam Kejohanan Taekwando 2015

Diterbitkan: 30 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Taekwando Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tiga pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam National Invitational & Intercontinental Taekwondo Championship 2015 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara (Panasonic), di sini, yang bermula semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-rangkul-3-emas-1-perak-dan-3-gangsa-dalam-kejohanan-taekwando-2015
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:21 MYT

Shah Alam, 30 Ogos – Pasukan Taekwando Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya merangkul tiga pingat emas, satu pingat perak dan tiga pingat gangsa dalam National Invitational & Intercontinental Taekwondo Championship 2015 yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara (Panasonic), di sini, yang bermula semalam.

Bagi Acara ‘Pattern’, Konstabel Tiong Li Li berjaya memenangi pingat emas manakala KPL/D Eng Swee Ping memenangi pingat gangsa.

L/KPL Mohd Azrul Ezwan Bin Mohd Asri dan KPL/D Eng Swee Ping masing-masing berjaya meraih pingat emas dalam Acara ‘Free Sparring’. Pingat perak dimenangi Konstabel Hafizuddin Bin Hamdan dalam acara yang sama. Dua lagi pingat gangsa berjaya dimenangi oleh Insp Muhammad Shamsuddin Wong Bin Abdullah dan Konstabel Tiong Li Li.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Taekwando PDRM!
Pdrm Rangkul 3 Emas 1 Perak Dan 3 Gangsa Dalam Kejohanan Taekwando 2015
Pdrm Rangkul 3 Emas 1 Perak Dan 3 Gangsa Dalam Kejohanan Taekwando 2015

ArtikelDiterbitkan 30 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM