Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Radikal Tingkat Sistem Keselamatan Negara

Diterbitkan: 16 Aug 2016 11.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Putrajaya, 16 Ogos 2016 – Salah satu elemen asas kerajaan dalam pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ialah meningkatkan sistem keselamatan melalui kerjasama kreatif antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perlaksanaan itu antara yang diketengahkan oleh barisan ketua-ketua pemimpin keselamatan negara dalam Persidangan Antarabangsa NBOS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-radikal-tingkat-sistem-keselamatan-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:05 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo & L/Kpl Muhammad Rafsamjani bin Ismail
Penyunting : PF Siti Fatimah Abd Manan

Putrajaya, 16 Ogos 2016 – Salah satu elemen asas kerajaan dalam pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ialah meningkatkan sistem keselamatan melalui kerjasama kreatif antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perlaksanaan itu antara yang diketengahkan oleh barisan ketua-ketua pemimpin keselamatan negara dalam Persidangan Antarabangsa NBOS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Menyedari cabaran dan tanggungjawab itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar mewakili pasukan PDRM duduk berbincang di meja bulat bagi membentuk persefahaman antara agensi berbeza untuk bekerjasama dalam cara baharu, meningkatkan keselamatan negara dan masyarakat.

Terdahulu, memetik ucapan perasmian majlis persidangan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, kebanyakan strategi lautan biru yang digariskan kerajaan telah menghasilkan keputusan yang diinginkan antaranya berimpak tinggi, kos yang rendah, pelaksanaan yang pantas, keterangkuman sosial selain sokongan untuk inovasi.

Perdana Menteri berkata, satu contoh paling ketara adalah Pusat Transformasi Bandar (UTC), pusat sehenti di bandar di seluruh negara yang memberikan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Di samping itu, turut dianjurkan adalah Hari Terbuka NBOS 2016 yang bermula pada 14 Ogos hingga 20 Ogos bertempat di ruang legar Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, selain terdapat pelbagai program telah diatur seperti NBOS Run & Ride, ‘International Conference on Blue Ocean Strategy’ (ICBOS) , ‘Global Blue Ocean Awards’ dan ‘Commonwealth Association for Public Administration and Management’ (CAPAM).

Turut diadakan ialah persembahan pentas dan pameran booth dari kementerian dan agensi, pertandingan fesyen, ‘Shawl Tutorial’ oleh ‘Insta Famous’, lelongan amal oleh selebriti terkenal, jualan dari vendor terkenal di Malaysia, perkongsian ilmu bersama artis popular, ceramah dan soal jawab agama.

IMG_6099
Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menyampaikan ucapan ketika persidangan 'Total Security System Through Creative Collaboration' dikendalikan oleh beliau sendiri, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr. Zulkifli Md Zin dan Leftenen General Datuk Dr. William Stevenson.

ArtikelDiterbitkan 16 Aug 2016 11.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM