Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Pupuk Kesedaran Isu Keselamatan Nasional Kepada Mahasiswa

Diterbitkan: 11 Nov 2017 1.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Melaka, 11 November 2017 – Atas inisiatif bagi memberikan pendedahan sekaligus memupuk kesedaran berkenaan isu keselamatan nasional di kalangan mahasiswa, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui elemen Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Pencegahan Jenayah Pelan Tindakan Inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) di institut pengajian tinggi (IPT) tersebut, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-pupuk-kesedaran-isu-keselamatan-nasional-kepada-mahasiswa
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:53 MYT

Melaka, 11 November 2017 – Atas inisiatif bagi memberikan pendedahan sekaligus memupuk kesedaran berkenaan isu keselamatan nasional  di kalangan mahasiswa, Polis Diraja Malaysia  (PDRM) melalui elemen Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Pencegahan Jenayah Pelan Tindakan Inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) di institut pengajian tinggi (IPT) tersebut, hari ini.

Perasmian program ini disempurnakan oleh Pengarah JSPT PDRM, SAC Sharul Othman Mansor.

Pendedahan berkenaan isu keselamatan ini juga merangkumi pelbagai sudut antaranya isu-isu jenayah dan langkah-langkah pencegahan, isu-isu keganasan, ancaman militan, keselamatan jalan raya serta lain-lain lagi.

“Antara objektif lain adalah memberi kesedaran dan maklumat mengenai tanggungjawab mahasiswa dan belia supaya dapat menjadi mata dan telinga polis dalam membantu pencegahan jenayah di dalam serta di luar kampus,” ujar beliau di dalam ucapannya.

Hadirin turut disajikan dengan demonstrasi menunggang motosikal daripada Unit  Pengajian Memandu Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, demonstrasi daripada Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM, Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, pertunjukan Silat Tempur oleh Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi, persembahan Okestra UTeM serta Sketsa Menangani Samseng Jalanan oleh gandingan antara PDRM dan Mahasiswa UTeM.

Turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTeM, Prof. Datuk Dr.  Izaidin Abdul Majid, Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Dato’ Sun Teoh Tia, pegawai-pegawai kanan PDRM, warga UTeM serta wakil-wakil media.

Gambar Sepanjang Program
_MG_3771_MG_3715IMG_3838_MG_3657_MG_3447
_MG_3596_MG_3498
ArtikelDiterbitkan 11 Nov 2017 1.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM