Article
Pdrm Pesan Bayar Rm350 Untuk Terima Rm30 000 Itu Penipuan
Jangan mudah terpedaya. Semak dahulu sebelum bertindak.
Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta bayaran “deposit keselamatan” kononnya bagi membolehkan wang tunai RM30,000 dicairkan. Ingat, BNM tidak akan meminta sebarang bayaran deposit atau pemindahan wang ke akaun peribadi.
Jangan buat sebarang pembayaran, hentikan komunikasi serta-merta dan semak nombor telefon atau akaun bank yang mencurigakan melalui portal Semak Mule di https://semakmule.rmp.gov.my. Jika menjadi mangsa, segera hubungi NSRC 997 atau buat laporan di balai polis berhampiran.
Jangan mudah terpedaya. Semak dahulu sebelum bertindak.