Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Thailand

Diterbitkan: 19 Jul 2017 6.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala bersama Royal Thailand Police (RTP) dalam 24th Department Review Of Joint Malaysia – Thailand Working Committee Meeting On Criminal Activities yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square di sini, sebentar tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-perkukuh-kerjasama-dengan-polis-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:57 MYT

Kuala Lumpur, 19 Julai 2017 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuhkan lagi kerjasama dua hala bersama Royal Thailand Police (RTP) dalam 24th Department Review Of Joint Malaysia – Thailand Working Committee Meeting On Criminal Activities yang berlangsung di Hotel Berjaya Times Square di sini, sebentar tadi.

“Mesyuarat tahunan dua hala ini adalah platform yang menyaksikan perkongsian dan pencarian titik persamaan sistem agensi keselamatan kedua-dua negara dalam membasmi jenayah rentas sempadan, ancaman pengganas, dadah dan pemerdagangan manusia ,” ujar Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam ucaptama sebentar tadi.

Tambah beliau, mesyuarat tahunan ini bukan sahaja menyediakan ruang untuk pegawai dari kedua-dua agensi untuk mengkaji semula perjanjian sebelumnya, tetapi juga bagi meneroka segala bentuk kerjasama masa hadapan dimana resolusi yang diluluskan adalah selari dengan modus operandi jenayah yang terkini.

Royal Thai Police telah diwakili oleh seramai 18 orang pegawai kanan dan diketuai oleh Timbalan Ketua Polis Thailand, Police General Sutep Dechrugsa di mana delegasi tersebut telah tiba pada 17 Julai lalu dan akan mengakhiri kunjungan mereka di Malaysia pada hari ini.

Hadir sama pada hari ini, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi), Dato’ Huzir Mohamed, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media.

Pdrm Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Thailand
Sesi menandatangani resolusi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thailand Police (RTP)

Pdrm Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Thailand
Sesi menandatangani resolusi antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Royal Thailand Police (RTP)

Pdrm Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Thailand
Sekitar Persidangan 24th Department Review Of Joint Malaysia – Thailand Working Committee Meeting On Criminal Activities di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Delegasi Royal Thailand Polis (RTP) bergambar kenangan bersama delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM)

ArtikelDiterbitkan 19 Jul 2017 6.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM