Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Perkukuh Integriti Tatakelola Dan Usaha Banteras Rasuah

Diterbitkan: 12 Nov 2025 9.06 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.43 PM
Kuala Lumpur, 12 November 2025 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru memperkukuh integriti, tatakelola dan usaha pembanterasan rasuah bagi melindungi imej pasukan daripada pengaruh negatif yang boleh mencemarkan nama baik PDRM.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-perkukuh-integriti-tatakelola-dan-usaha-banteras-rasuah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:14 MYT
Kuala Lumpur, 12 November 2025 – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru memperkukuh integriti, tatakelola dan usaha pembanterasan rasuah bagi melindungi imej pasukan daripada pengaruh negatif yang boleh mencemarkan nama baik PDRM.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, PDRM perlu terus memperkukuh mekanisme pencegahan, pengawasan pematuhan dan pembudayaan nilai integriti di setiap lapisan organisasi.

Bertemakan "Integriti Teras Kesejahteraan Negara" ia merupakan manifestasi komitmen PDRM membudayakan nilai-nilai murni dan integriti sebagai asas kepada kepercayaan, kesejahteraan serta kemakmuran negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Sebagai sebuah agensi penguat kuasa undang-undang utama negara, menjadi tanggungjawab kita memastikan integriti kekal sebagai teras utama dalam setiap tindakan dan keputusan,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Anugerah Integriti sempena Sambutan Bulan Integriti PDRM Tahun 2025, anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM, pagi tadi.

Menurut Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, PDRM akan terus menjadi organisasi profesional dan dihormati dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat.

Langkah tersebut penting bagi memastikan PDRM kekal sebagai agensi penguat kuasa yang disegani, berakauntabiliti tinggi serta bebas daripada sebarang bentuk salah laku dan pelanggaran etika perkhidmatan.

Terdahulu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid bersama para hadirin mengikuti sesi perkongsian ilmiah bertajuk “Pembanterasan Amalan Rasuah Berteraskan Tatakelola Baik dan Pembudayaan Integriti” yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Sebagai menghargai warga pasukan yang telah menjunjung tinggi nilai integriti serta berkhidmat dengan penuh ikhlas dan jujur, seramai lapan individu yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam telah dinobatkan sebagai Juara Anugerah Integriti.

Sementara itu, seramai 41 anggota terdiri daripada lima Pegawai Kanan Polis dan 36 Pegawai Rendah Polis turut menerima Sijil Pengiktirafan Tolak Rasuah. Pengiktirafan ini bukan sahaja menjadi penyuntik semangat kepada para penerima, malah sumber inspirasi kepada seluruh warga PDRM untuk terus meletakkan integriti sebagai teras dalam setiap tindakan dan keputusan.

Turut hadir, Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JIPS selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Hamzah Hj. Ahmad, barisan Pengarah PDRM, barisan Ketua Polis Negeri serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi

May be an image of dais and text that says 'EGRMT GRITI AAN NEGAPA PORM BIN ผ. ISMAIL HAJI AHMAD SHAH UALA LUMPUR PUR PR 快 MAKTAB POLIS DIRAJA! MAKTABP

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of clarinet, crowd and text
ArtikelDiterbitkan 12 Nov 2025 9.06 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.43 PM