Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Penempatan pelatih konstabel di pusat-pusat latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah berobjektifkan untuk meningkatkan keanggotaan pasukan polis dalam memerangi jenayah, di samping mewujudkan ke..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-perkasa-kekuatan-keanggotaan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:55 MYT
PORT DICKSON, 23 Jun 2012- Penempatan pelatih konstabel di pusat-pusat latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah berobjektifkan untuk meningkatkan keanggotaan pasukan polis dalam memerangi jenayah, di samping mewujudkan kerjasama bersepadu antara PDRM dan ATM.

Ianya juga bertujuan untuk merealisasikan proses transformasi daripada orang awam kepada budaya kepolisan, sejajar dengan misi latihan iaitu melahirkan tenaga manusia yang berkeupayaan tinggi dan berwibawa bagi memenuhi tuntutan kepolisan moden selaras dengan dasar pembangunan negara ke arah wawasan 2020.

Kemasukan pelatih konstabel siri 1/2012 juga telah diadakan di beberapa buah pusat latihan polis seluruh Malaysia pada tarikh yang telah ditetapkan.

Sesi Pendaftaran Pelatih Konstabel Siri 1/2012 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat Port Dickson (PUSASDA) hari ini, sejajar dengan sasaran PDRM untuk menghasilkan produk keanggotaan polis sehingga 150,000 orang menjelang 2015.

Kolaborasi ini adalah kesinambungan kepada usahasama berterusan PDRM dan ATM dalam mempertahankan keselamatan negara. Selain daripada itu, ianya dapat memupuk kerjasama dan mewujudkan persaingan secara sihat bersama pelatih-pelatih ATM yang turut mengikuti latihan di pusat latihan yang sama.

Seramai 1,000 pelatih polis akan menjalani Latihan Asas Konstabel di Pusasda dan Perajurit muda ATM seramai 2,000 di satu pusat latihan yang sama. Latihan selama enam bulan akan dikendalikan oleh pihak latihan PDRM sendiri itu juga merupakan kali kedua diadakan di Pusat Latihan Pusasda disamping membantu penjimatan kos untuk membina pusat latihan baru.

Ianya sejajar dengan sambutan ulang tahun Hari Polis yang ke-205 pada tahun ini yang bertemakan "Komuniti Sejahtera Komitmen Kami" dengan melahirkan anggota polis yang berterusan sekaligus dapat mencapai matlamat serta kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pemeriksaan beg pelatih oleh Pegawai Tatatertib sebelum melangkah masuk ke pusat latihan...

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Berjalan masuk ke dewan pendaftaran..

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Sesi pendaftaran masuk...

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pelatih diberi taklimat...

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pelatih dikehendaki menjalani ujian air kencing sekali lagi sebelum diterima menjalani latihan...

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Antara pelatih yang berjaya menjalani latihan asas konstabel dan ditempatkan di kompani masing-masing...

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Sekali lagi pemeriksaan beg pelatih sebelum menjejakkan kaki ke kompani masing-masing...

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pendaftaran masuk kompani...

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Antara sekitar program...

Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan
Pdrm Perkasa Kekuatan Keanggotaan

Antara ahli-ahli keluarga yang hadir bagi melepaskan anak kesayangan masing-masing menjadi ahli keluarga PDRM...




Wartawan/jurugambar: L/kpl Mohd Helmi bin Saadin
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM