Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Perintis Akreditasi Program Latihan Asas Kepolisan Di Dunia

Published: 10 Mar 2015 2.09 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencipta sejarah dalam inovasi di bidang latihan asas kepolisan sekaligus menjadikan Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mendapat akreditasi bagi program tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-perintis-akreditasi-program-latihan-asas-kepolisan-di-dunia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:01 MYT

Kuala Lumpur, 9 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencipta sejarah dalam inovasi di bidang latihan asas kepolisan sekaligus menjadikan Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mendapat akreditasi bagi program tersebut.

Melalui Kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Derby, PDRM telah mencipta satu sejarah dalam inovasi bidang latihan asas kepolisan dengan mengadakan Majlis Graduasi Pertama Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) PDRM / Universiti Derby 2015 telah diadakan di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, semalam.

Majlis penyampaian Diploma in Policing oleh Universiti Derby telah disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Derby, Prof. John Coyne.

Berucap dalam majlis tersebut,Ketua Polis Negara menekankan bahawa setiap anggota bukan saja perlu berkemahiran tinggi dalam hal-hal kepolisan, malah perlu memiliki ilmu akademik agar sejajar kehendak semasa demi memberikan perkhidmatan kelas dunia kepada masyarakat.

Program ini juga diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan mendapat akreditasi penuh oleh Quality Assurance Agency for Higher Education United Kingdom (QAA), melalui kerjasama dengan Universiti Derby, United Kingdom dalam modul akademik, latihan fizikal dan amali.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato’ Sri Adenan Ab Rahman, British High Commissioner Kuala Lumpur, Victoria Marguerite Treadell, dan Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim.

Pdrm Perintis Akreditasi Program Latihan Asas Kepolisan Di Dunia
Sekitar majlis...

Pdrm Perintis Akreditasi Program Latihan Asas Kepolisan Di Dunia
Prof. John Coyne, Naib Canselor University Of Derby menyampaikan Diploma In Policing kepada graduan

Pdrm Perintis Akreditasi Program Latihan Asas Kepolisan Di Dunia
Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara memberi ucapan dalam majlis Graduasi Pertama Program latihan asas kepolisan (PLAK) PDRM dan University Of Derby 2015..

ArticlePublished 10 Mar 2015 2.09 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM