Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Pergiat Op Cantas Khas Di Lembah Kelang

Published: 12 Jun 2014 7.21 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, perlaksanaan OP Cantas Khas bagi membendung kegiatan jenayah khususnya yang berkaitan dengan aktiviti kongsi gelap..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-pergiat-op-cantas-khas-di-lembah-kelang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:59 MYT

PDRM PERGIAT OP CANTAS KHAS DI LEMBAH KELANG

19 Ogos 2013 – Kuala Lumpur. Selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, perlaksanaan OP Cantas Khas bagi membendung kegiatan jenayah khususnya yang berkaitan dengan aktiviti kongsi gelap serta jenayah yang menggunakan elemen senjatapi dan senjata tajam, dipergiatkan di sekitar Lembah Kelang oleh Jabatan Siasatan Jenayah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah berkaitan.

Malam semalam, pemeriksaan melalui sekatan jalan raya telah ditumpukan di kawasan Sentul, Wangsa Maju, Batu Caves, Rawang, Pandan Indah, Bandar Sunway Puchong, Dengkil dan Bestari Jaya. Sebanyak 9 Pasukan Khas yang terdiri dari pegawai dan anggota JSJ dari Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur terlibat dalam pemeriksaan ini. Berikutan pemeriksaan ini, dua orang saspek telah berjaya ditangkap.

Pemeriksaan bagi membanteras penjenayah dan kumpulan kongsi gelap juga sedang dipertingkatkan di seluruh Negara. Orang ramai diminta bekerjasama dengan pihak Polis sepanjang operasi ini yang dijalankan demi kesejahteraan dan keselamatan ahli masyarakat seluruhnya.

Op Cantas Khas...

ArticlePublished 12 Jun 2014 7.21 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM