Pdrm Pergiat Op Cantas Khas Di Lembah Kelang
PDRM PERGIAT OP CANTAS KHAS DI LEMBAH KELANG
19 Ogos 2013 – Kuala Lumpur. Selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, perlaksanaan OP Cantas Khas bagi membendung kegiatan jenayah khususnya yang berkaitan dengan aktiviti kongsi gelap serta jenayah yang menggunakan elemen senjatapi dan senjata tajam, dipergiatkan di sekitar Lembah Kelang oleh Jabatan Siasatan Jenayah dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah berkaitan.
Malam semalam, pemeriksaan melalui sekatan jalan raya telah ditumpukan di kawasan Sentul, Wangsa Maju, Batu Caves, Rawang, Pandan Indah, Bandar Sunway Puchong, Dengkil dan Bestari Jaya. Sebanyak 9 Pasukan Khas yang terdiri dari pegawai dan anggota JSJ dari Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur terlibat dalam pemeriksaan ini. Berikutan pemeriksaan ini, dua orang saspek telah berjaya ditangkap.
Pemeriksaan
bagi membanteras penjenayah dan kumpulan kongsi gelap juga sedang
dipertingkatkan di seluruh Negara. Orang ramai diminta bekerjasama
dengan pihak Polis sepanjang operasi ini yang dijalankan demi
kesejahteraan dan keselamatan ahli masyarakat seluruhnya.







Op Cantas Khas...