Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Nafi Terlibat Sebarang Penganjuran Peraduan Tawar Sejumlah Wang Tunai Kepada Pemenang Bertuah

Published: 11 Feb 2015 4.53 AM Updated: 15 Aug 2026 6.31 PM
PERINGATAN: Polis Diraja Malaysia menafikan jabatan ini terlibat dengan sebarang penganjuran peraduan oleh mana-mana organisasi yang menawarkan sejumlah wang tunai kepada para pemenang bertuah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-nafi-terlibat-sebarang-penganjuran-peraduan-tawar-sejumlah-wang-tunai-kepada-pemenang-bertuah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT

PERINGATAN: Polis Diraja Malaysia menafikan jabatan ini terlibat dengan sebarang penganjuran peraduan oleh mana-mana organisasi yang menawarkan sejumlah wang tunai kepada para pemenang bertuah.

Didapati terdapat sebaran secara rawak melalui emel yang dipercayai dilakukan oleh sindiket penipuan dengan menggunakan nama syarikat Firefly, Tesco, Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara sebagai pihak yang terlibat dengan penganjuran peraduan tersebut bagi memperdaya orang ramai.

Orang ramai dinasihatkan supaya memastikan sebarang peraduan yang dianjurkan oleh mana-mana organisasi adalah diadakan melalui saluran rasmi organisasi berkenaan dan perlu mendapatkan pengesahan sekiranya syarat-syarat peraduan yang dikenakan adalah mencurigakan seperti meminta anda memasukkan sejumlah wang terlebih dahulu sebelum berpeluang memenangi nilai wang yang lebih besar.

Pdrm Nafi Terlibat Sebarang Penganjuran Peraduan Tawar Sejumlah Wang Tunai Kepada Pemenang Bertuah
ArticlePublished 11 Feb 2015 4.53 AMUpdated 15 Aug 2026 6.31 PM