Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Mulakan Sambutan Kemerdekaan 2007

Published: 09 Jun 2014 2.22 AM Updated: 15 Aug 2026 7.49 PM
Sayembara Deklemasi Puisi ini adalah salah satu acara Sambutan Kemerdekaan oleh Polis Diraja Malaysia sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-50...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-mulakan-sambutan-kemerdekaan-2007
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:16 MYT
Maktab PDRM Kuala Lumpur - 07 Ogos 2007. Sayembara Deklemasi Puisi Bulan Kemerdekaan 2007 Peringkat PDRM telah diadakan di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur, Cheras. Sayembara Deklemasi Puisi ini adalah salah satu acara Sambutan Kemerdekaan oleh Polis Diraja Malaysia sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia ke-50.

Hadir dimajlis tersebut ialah YDH Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Puan Sri Fatimah Hamid, Pengarah-Pengarah PDRM , YDH SAC 1 Dato' Mohamed Darus Mahmud , Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dato'-Dato', Datin-Datin serta dif-dif jemputan.

Seramai sepuluh peserta telah melangkah keperingkat akhir dimana C/Insp Mohamed Mahat (Mengenangmu Pejuang) dari Kontinjen Melaka telah menjadi juara, Insp. Pathu Rahman  Esa (Pahlawan Tanah Merdeka) dari Selangor ditempat kedua dan Sjn Rosli Mohd Ali (Membuka Penjara Minda) dari Pulapol Air Hitam ditempat ketiga.

Pdrm Mulakan Sambutan Kemerdekaan 2007
Dari kiri...C/Insp Mohamed Mahat (Juara), YDH Dato' Mohamed Darus Mahmud, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz, Timbalan Ketua Polis Negara, Sjn Rosli Mohd Ali (Ketiga), Insp. Pathu Rahman Esa (Kedua) dan Supt. Rasdi Ramli, Penguasa Perhubungan Awam.
ArticlePublished 09 Jun 2014 2.22 AMUpdated 15 Aug 2026 7.49 PM