Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Media Prima Perkukuh Kolaborasi Strategik Pacu Komunikasi Berkesan

Published: 07 Sep 2026 12.48 PM
Kuala Lumpur, 7 September 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Media Prima Berhad terus memperkukuh kerjasama menerusi Program Kolaborasi Strategik PDRM dan Media Prima Berhad yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-media-prima-perkukuh-kolaborasi-strategik-pacu-komunikasi-berkesan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT

Kuala Lumpur, 7 September 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Media Prima Berhad terus memperkukuh kerjasama menerusi Program Kolaborasi Strategik PDRM dan Media Prima Berhad yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Program berkenaan menjadi platform perkongsian pengalaman dan pandangan dalam memperkasa komunikasi strategik serta penyampaian maklumat yang pantas dan sahih kepada masyarakat.

Terdahulu, telah berlangsung sesi pengenalan operasi Media Prima Berhad yang disampaikan oleh Pengurus Besar Media Prima Omnia, Encik Shanaz Md Azali, diikuti dua sesi forum bertajuk “PDRM dan Media Saling Melengkapi” serta perkongsian wartawan lapangan.

Dalam ucapan perasmian penutupan program, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menegaskan PDRM memandang serius jalinan kerjasama dengan rakan media sebagai perkongsian strategik yang mendokong integriti dan keselamatan negara, dengan media sebagai “mata dan telinga” masyarakat serta PDRM sebagai benteng kedaulatan undang-undang bagi memastikan mesej keselamatan disampaikan secara efektif.

Tambah beliau, PDRM menyambut baik hasrat dan komitmen Media Prima untuk terus menjadi rakan strategik yang akrab dalam mendepani ancaman jenayah moden dan cabaran siber yang semakin kompleks, selaras dengan usaha memperkukuh persefahaman dan hubungan profesional kedua-dua pihak.

Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, ACP (K) Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Aljunid, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin serta barisan pegawai kanan PDRM dan Media Prima Berhad.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim













ArticlePublished 07 Sep 2026 12.48 PM