Artikel
Pdrm Media Perkukuh Hubungan Kerjasama
YDH Ketua Polis Negara telah mengadakan perjumpaan bersama Ketua-ketua Pengarang media tempatan di pejabat beliau tengahari ini.....
Bukit Aman - 6 Januari 2011
YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar memulakan sesi tahun 2011 dengan mengambil pendekatan murni mengadakan perjumpaan Fasa Pertama bersama Ketua-ketua Pengarang Media Tempatan, tengahari tadi di Bilik Mesyuarat, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman.

YDH Ketua Polis Negara menyambut ketibaan Ketua-ketua Pengarang media tempatan di Menara 1, Bukit Aman

Perbincangan di Bilik Mesyuarat Tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman

Menerangkan konsep dan gambar yang ada di kalendar PDRM Tahun 2011

Beramah mesra sambil menjamu selera

Antara yang hadir di perjumpaan hari ini...

Cenderahati kepada yang hadir

Perjumpaan
yang dihadiri oleh Ketua-ketua Pengarang dan wakil-wakil dari Bernama,
Harian Metro, Utusan Malaysia, Sinar Harian, New Straits Times, Sin Chew
Daily, China Press dan Malaysia Nanban itu bertujuan mempereratkan lagi
hubungan kerjasama antara PDRM dengan Media selain menerangkan
perancangan dan hala tuju PDRM bagi tahun 2011 yang pastinya membawa
cabaran baru kepada Pasukan.
YDH Ketua Polis Negara turut menyentuh peranan Pusat Media PDRM yang beroperasi 24 jam sehari dalam membantu dan memberi kemudahan kepada pihak media untuk mendapatkan sumber maklumat yang tepat dan sahih selain menjawab dan menjelaskan sebarang isu kepolisan agar masyarakat memahami perkara yang sebenar.
Sesi
perjumpaan secara berfasa PDRM - Media tersebut akan diadakan untuk
semua media bagi memastikan objektif dan tujuannya adalah menyeluruh dan
sekaligus penyampaian perkhidmatan PDRM kepada masyarakat dapat
dipertingkatkan.
Turut
hadir semasa sesi perjumpaan tersebut adalah YDH Timbalan Ketua Polis
Negara, Datuk Hussin bin Haji Ismail, YDH Pengarah-pengarah PDRM, YDH
Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH Timbalan Ketua Polis Selangor.
YDH Ketua Polis Negara menyambut ketibaan Ketua-ketua Pengarang media tempatan di Menara 1, Bukit Aman

Perbincangan di Bilik Mesyuarat Tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman
Menerangkan konsep dan gambar yang ada di kalendar PDRM Tahun 2011
Beramah mesra sambil menjamu selera

Antara yang hadir di perjumpaan hari ini...
Cenderahati kepada yang hadir
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Aslam Syir Khan
Penyunting : F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan