Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah

Diterbitkan: 13 Jun 2014 12.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 5 Jun – Kesedaran masyarakat berkenaan jenayah global masa kini menjadi keutamaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan masyarakat berada dalam keadaan selamat sekaligus pelbagai aktiviti tidak bermoral yang merentas sempadan dapat dibanteras dengan lebih berkesan. Dalam mencapai misi dan visi sebagai pasukan keselamatan di negara ini, PDRM telah melancarkan kempen kesedaran global "Turn
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-lancar-kempen-turn-back-crime-banteras-jenayah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:27 MYT
Kuala Lumpur, 5 Jun – Kesedaran masyarakat berkenaan jenayah global masa kini menjadi keutamaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan masyarakat berada dalam keadaan selamat sekaligus pelbagai aktiviti tidak bermoral yang merentas sempadan dapat dibanteras dengan lebih berkesan.

Dalam mencapai misi dan visi sebagai pasukan keselamatan di negara ini, PDRM telah melancarkan kempen kesedaran global "Turn Back Crime" di Dewan Theatrette Menara 1, Bukit Aman yang telah dirasmikan oleh YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza Nazarenne, yang mewakili Ketua Polis Negara pagi tadi.

Dalam ucapan ringkas beliau menyatakan bahawa objektif kempen yang dijalankan adalah mewujudkan kesedaran disamping mengeratkan hubungan antara negara-negara terlibat serta menggalakkan masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Kempen tersebut merupakan inisiatif INTERPOL General Sacetariat semasa persidangan ke-10 Head of National Central Bureaus (NCB) yang diadakan di Lyon, Perancis pada 2 hingga 4 April lalu dan pada hari ini dengan kerjasama 190 buah negara termasuk Malaysia ia dilancarkan.

Selain meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan bahaya jenayah terancang, kempen "Turn Back Crime" turut mempromosi peranan INTERPOL dalam pembanterasan jenayah seterusnya mencapai matlamat utama iaitu meraih sokongan masyarakat kepada badan kepolisan antarabangsa dalam menjayakan misi untuk menjadikan dunia lebih selamat.

Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza BIN Nazarenne.

Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza Nazarenne menyampaikan ucaptama perasmian.

Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza bin Nazarenne melancarkan gimik perasmian.
Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah
Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah
Antara yang hadir.

Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah
Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah
Pdrm Lancar Kempen Turn Back Crime Banteras Jenayah
YDH Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Dato' Sri Mortadza bin Nazarenne melawat sekitar ruang pameran.
ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 12.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM