Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Lahirkan Atlet Berpotensi

Published: 11 Jun 2014 9.31 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Pengurusan PDRM, berlangsung satu kunjung hormat Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, En.Mohd Hamidi bin Abu Bakar ke atas YDH CP Datuk Mortadza bin Nazaren..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-lahirkan-atlet-berpotensi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:23 MYT

Bukit Aman , 27 februari - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Pengurusan PDRM, berlangsung satu kunjung hormat Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, En.Mohd Hamidi bin Abu Bakar ke atas YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene,Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, petang tadi.

Dalam kunjungan hormat tersebut, beberapa perkara berkaitan pembangunan sukan yang dijalankan oleh PDRM telah dibincangkan di samping mencari kesepakatan dua hala antara kedua-dua pihak dalam merencana  kecemerlangan sukan yang dipelopori PDRM serta mencari formula PDRM melahirkan atlet-atlet yang berpotensi tinggi.

Secara keseluruhannya, kunjungan tersebut dilihat dapat mengeratkan hubungan dua hala antara Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MWSP) dengan Majlis Sukan PDRM hasil perkongsian idea serta pertukaran pandangan kedua-dua pihak dalam proses pembangunan sukan yang mapan.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah En. Jambak bin Jamal, Penolong Pengarah Majlis Sukan Kuala Lumpur , Tuan Hj. Ahmad bin Hashim, Pegawai Penyelaras Sukan Kuala Lumpur, Dato' Sabiamad bin Ahmad Ahad, Penyelaras Menembak Majlis Sukan Kuala Lumpur, dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Pdrm Lahirkan Atlet Berpotensi
Ketibaan YDH CP,Datuk Mortadza Bin Nazarene,Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

Pdrm Lahirkan Atlet Berpotensi
Ketibaan En. Mohd Hamidi Bin Abu Bakar, Pengarah Majlis Sukan Wilayah PersekutuanKuala Lumpur.

Pdrm Lahirkan Atlet Berpotensi
YDH CP, Datuk Mortadza Bin Nazarene memulakan sesi pertemuan. 

Pdrm Lahirkan Atlet Berpotensi
Sesi perbincangan yang menyentuh soal hala tuju sukan dua hala.

Pdrm Lahirkan Atlet Berpotensi
Sesi bergambar YDH CP Datuk Mortadza Bin Nazarene bersama En.Mohd Hamidi Bin Abu Bakar, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Jambak bin Jamal, Penolong Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Tuan Hj. Ahmad bin Hashim, Pegawai Penyelaras Sukan Kuala Lumpur, Dato' Sabiamad bin Ahmad Ahad, Penyelaras Menembak Majlis Sukan Kuala Lumpur, dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Wartawan & Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi

ArticlePublished 11 Jun 2014 9.31 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM