Bukit
Aman , 27 februari - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Pengurusan
PDRM, berlangsung satu kunjung hormat Pengarah Majlis Sukan Wilayah
Persekutuan, En.Mohd Hamidi bin Abu Bakar ke atas YDH CP Datuk Mortadza
bin Nazarene,Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan
PDRM, petang tadi.
Dalam
kunjungan hormat tersebut, beberapa perkara berkaitan pembangunan sukan
yang dijalankan oleh PDRM telah dibincangkan di samping mencari
kesepakatan dua hala antara kedua-dua pihak dalam merencana
kecemerlangan sukan yang dipelopori PDRM serta mencari formula PDRM
melahirkan atlet-atlet yang berpotensi tinggi.
Secara
keseluruhannya, kunjungan tersebut dilihat dapat mengeratkan hubungan
dua hala antara Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MWSP) dengan Majlis
Sukan PDRM hasil perkongsian idea serta pertukaran pandangan kedua-dua
pihak dalam proses pembangunan sukan yang mapan.
Turut
hadir dalam kunjungan hormat ini ialah En. Jambak bin Jamal, Penolong
Pengarah Majlis Sukan Kuala Lumpur , Tuan Hj. Ahmad bin Hashim, Pegawai
Penyelaras Sukan Kuala Lumpur, Dato' Sabiamad bin Ahmad Ahad, Penyelaras
Menembak Majlis Sukan Kuala Lumpur, dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.

Ketibaan YDH CP,Datuk Mortadza Bin Nazarene,Pengarah Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM.

Ketibaan En. Mohd Hamidi Bin Abu Bakar, Pengarah Majlis Sukan Wilayah PersekutuanKuala Lumpur.

YDH CP, Datuk Mortadza Bin Nazarene memulakan sesi pertemuan.

Sesi perbincangan yang menyentuh soal hala tuju sukan dua hala.

Sesi
bergambar YDH CP Datuk Mortadza Bin Nazarene bersama En.Mohd Hamidi Bin
Abu Bakar, Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En.
Jambak bin Jamal, Penolong Pengarah Majlis Sukan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur , Tuan Hj. Ahmad bin Hashim, Pegawai Penyelaras
Sukan Kuala Lumpur, Dato' Sabiamad bin Ahmad Ahad, Penyelaras Menembak
Majlis Sukan Kuala Lumpur, dan Pegawai-pegawai kanan PDRM.
Wartawan & Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Pdrm Lahirkan Atlet Berpotensi
Bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Pengurusan PDRM, berlangsung satu kunjung hormat Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, En.Mohd Hamidi bin Abu Bakar ke atas YDH CP Datuk Mortadza bin Nazaren..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-lahirkan-atlet-berpotensi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.