Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Kini Menuju Ke Arah Pensijilan Eksa Kali Ke 2

Diterbitkan: 11 Nov 2021 11.07 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.31 PM
Kuala Lumpur, 11 November 2021 – Menyedari pentingnya penyediaan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi melahirkan organisasi berdaya inovatif, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) terus mengorak langkah bagi memastikan Pasukan memperoleh pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kali ke-2.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-kini-menuju-ke-arah-pensijilan-eksa-kali-ke-2
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:53 MYT

Kuala Lumpur, 11 November 2021 – Menyedari pentingnya penyediaan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi melahirkan organisasi berdaya inovatif, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) terus mengorak langkah bagi memastikan Pasukan memperoleh pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kali ke-2.

EKSA yang memasuki tahun keenam dalam PDRM sejak ia mula dilaksanakan pada 13 Ogos 2015, telah diiktiraf sepenuhnya oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada 15 Ogos 2018.

Bagi sesi pengauditan dalaman EKSA Bilangan 2/2021 yang bermula awal November lalu, lima lokasi berbeza telah dipilih bagi tujuan tersebut. Lokasi tersebut adalah di sekitar Menara 1, 2 dan Cawangan Khas Bukit Aman, Kompleks Muzium PDRM serta Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Menara KPJ dekat Jalan Tun Razak.

Kesemua 27 zon dari 10 jabatan dalam PDRM yang mengambil bahagian telah berjaya dinilai oleh 25 juruaudit berpengalaman dan terlatih daripada PDRM sendiri sebelum dinilai semula oleh juruaudit akhir dari pihak MAMPU. 

Hasil penilaian awal mendapati kesemua zon tersebut telah pun mempamerkan prestasi dan persembahan yang terbaik, sekali gus menujukkan komitmen tinggi warga Pasukan menjayakan pensijilan kali ke-2 bagi tahun ini.

Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada semua fasilitator dan ketua zon dari 10 jabatan yang mengambil bahagian atas usaha yang dipamerkan bagi memastikan PDRM mampu dianugerahkan pensijilan ke-2 untuk EKSA, kali ini.

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of indoor

May be an image of 9 people

May be an image of 5 people, people sitting and indoor

May be an image of 7 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, indoor and text

May be an image of 2 people

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people

No photo description available.

No photo description available.

ArtikelDiterbitkan 11 Nov 2021 11.07 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.31 PM