Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Kekal Relevan Dalam Memberikan Perkhidmatan Terbaik Kepada Masyarakat Kpn

Published: 20 Jun 2022 3.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Jun 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPN bagi bulan Jun 2022 anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Dataran Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-kekal-relevan-dalam-memberikan-perkhidmatan-terbaik-kepada-masyarakat-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:25 MYT

Kuala Lumpur, 20 Jun 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KPN bagi bulan Jun 2022 anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Dataran Kompleks 3, Ibu Pejabat Polis (IPP) Bukit Aman, di sini.

Dalam amanatnya di hadapan warga kerja IPP Bukit Aman, Tan Sri Acryl Sani menyeru agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dalam mengadaptasi apa jua cabaran yang mendatang.

"Di bawah satu panji Sang Saka Biru, saya mahu 10 jabatan dalam PDRM saling lengkap-melengkapi dan seluruh warga PDRM, bersatu hati, seiring sejalan serta seia sekata dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita", ujar beliau.

Dalam masa yang sama, Tan Sri Acryl Sani turut berbangga dengan kewibawaan JSJK yang memainkan peranan dalam membanteras jenayah komersil terutamanya penipuan dalam talian yang menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat saban hari.

Turut berlangsung dalam majlis tadi ialah penyampaian Sijil Penghargaan KPN kepada 21 orang pegawai polis dan pegawai awam yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM dan sebahagian warga kerja IPP Bukit Aman.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Aizat Afiq Kamarudin

May be an image of 2 people and text

May be an image of 12 people, people standing and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 8 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 4 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 2 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 6 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 6 people

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 13 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 4 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors


ArticlePublished 20 Jun 2022 3.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM