Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Kehilangan Seorang Operatif Utk Yang Cekal Dan Berdedikasi

Published: 14 Jul 2022 11.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Keningau, 14 Julai 2022 - Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan seorang operatif cekal dan berdedikasi, mendiang Lans Koperal Arique Shazawie Daud yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di otak.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-kehilangan-seorang-operatif-utk-yang-cekal-dan-berdedikasi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:49 MYT
Keningau, 14 Julai 2022 - Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan seorang operatif cekal dan berdedikasi, mendiang Lans Koperal Arique Shazawie Daud yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman di otak.

Mendiang Arique, 26 tahun dari Unit Selam Tempur, UTK Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM Bukit Aman itu mula dimasukkan ke hospital akibat demam ketika sedang dalam penugasan Op Taring pada awal bulan Jun lalu, sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot serta disahkan meninggal dunia pada 12 Julai 2022 jam 4.39 petang.

Selain aktif dalam pelbagai operasi yang pernah dilaksanakan UTK, mendiang juga terlibat dalam kawalan rapat orang kenamaan dari dalam dan luar negara selain pernah mengharumkan nama Pasukan menerusi sukan olahraga serta bina badan.

Jasad anak jati negeri Sabah itu selamat dikebumikan dengan penuh istiadat kepolisan di kampung halamannya dekat Tanah Perkuburan Kristian Kampung Mangkawagu, Tongod, Sabah oleh sahabat handai dari UTK dan kaum keluarga terdekat, petang tadi.
Hadir memberi penghormatan terakhir sebelum jasad disemadikan ialah Komander UTK, SAC Mohamad Suzrin Mohd Rodhi.

Lebih bermakna dalam upacara penghormatan terakhir tadi apabila SAC Mohamad Suzrin bersama rakan-rakan seperjuangan mendiang sendiri yang menyempurnakan urusan pengkebumian.

Hadir sama para Pegawai Kanan dan anggota dari UTK, Eastern Sabah Security Command dan Polis Sabah.

Sesungguhnya berita sedih pemergian mendiang Lans Koperal Arique itu bukan sahaja satu kehilangan besar buat Pasukan, malah rakan seperjuangan dalam UTK yang teguh cekal dan berdedikasi.

May be an image of 1 person and text that says 'SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA Mendiang LANS KOPERAL ARIQUE SHAZAWIE DAUD Ikhlas daripada: Ketua

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 16 people, people standing, indoor and text that says 'HEARTFELT'

May be an image of 3 people, people standing, military uniform and text

May be an image of 5 people and outdoors

May be an image of 7 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing, military uniform and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 13 people, people sitting, people standing and text

May be an image of 13 people, people standing, military uniform and outdoors



















ArticlePublished 14 Jul 2022 11.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM