Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Pdrm Jamin Keselamatan Sepanjang Wuf9

Published: 02 Feb 2018 9.23 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 2 Februari 2018 - Polis Diraja Malaysia akan memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang penganjuran “World Urban Forum” kali ke-9 atau WUF9 bermula 7 hingga 13 Februari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-jamin-keselamatan-sepanjang-wuf9
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:44 MYT
PDRM JAMIN KESELAMATAN SEPANJANG WUF9 

Kuala Lumpur, 2 Februari 2018 - Polis Diraja Malaysia akan memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang penganjuran “World Urban Forum” kali ke-9 atau WUF9 bermula 7 hingga 13 Februari ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri seramai 2,382 pegawai dan anggota polis dari pelbagai jabatan dan formasi terlibat untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan para delegasi yang terlibat dalam forum kali ini.

Selain PDRM, pasukan keselamatan yang terlibat juga terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Seramai 25,000 peserta dari 194 buah negara di seluruh dunia akan menghadiri forum ini dan sudah semestinya pihak kerajaan tidak akan mengambil mudah faktor keselamatan penganjuran WUF9,” ujar beliau selepas membuat tinjauan Latihamal Anti Keganasan Sempena WUF9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dekat sini, pagi tadi.

Pasukan Khas Anti Keganasan WUF9 pada tahun ini diketuai bersama di antara Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, CP Dato’ Sri Zulkifli Abdullah dan Ketua Staff Markas Angkatan Tentera (ATM), Leftenan Jeneral Dato’ Abdul Halim Haji Jalal.

Turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Haji Omar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Seri Alwi Haji Ibrahim, Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN) Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zulkifeli Mohd  Zin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Haji Lazim.

Gambar sekitar latihamal...
0S7A0575_MG_7758_MG_7798_MG_7840



_MG_7916
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama petugas setelah selesai latihamal.

_MG_7978
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama petugas setelah selesai latihamal.
ArticlePublished 02 Feb 2018 9.23 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM