Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Jalin Kolaborasi Strategik Bersama Ukm Perangi Dadah

Diterbitkan: 21 Oct 2022 1.00 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hulu Langat, 21 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memeterai kolaborasi strategik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merangkumi aspek penyelidikan dan latihan bagi menambahbaik keupayaan penyiasatan Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN), khususnya dalam menangani ancaman bahan psikoaktif baharu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-jalin-kolaborasi-strategik-bersama-ukm-perangi-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:26 MYT

Hulu Langat, 21 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memeterai kolaborasi strategik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merangkumi aspek penyelidikan dan latihan bagi menambahbaik keupayaan penyiasatan Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN), khususnya dalam menangani ancaman bahan psikoaktif baharu.  

Majlis yang berlangsung di Auditorium Akademia Siber Teknopolis, UKM, Bangi, di sini petang tadi menyaksikan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Naib Canselor UKM, Profesor Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman.

Tan Sri Acryl Sani dalam ucapannya berkata, MoU yang termeterai itu akan menjadi platform bagi PDRM dan UKM untuk menjalin lebih banyak peluang kerjasama yang bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua pihak tetapi juga kepada kesejahteraan masyarakat serta keselamatan negara dalam memerangi isu dadah. 

“Saya yakin, jaringan kerjasama ini mampu mempertingkatkan lagi usaha PDRM khususnya JSJN, dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah secara total, selain memberi ruang kepada para penyelidik untuk meneroka ilmu baharu yang seterusnya menyumbang kepada dapatan yang akan memberi manfaat kepada umum," ucap beliau.

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, Tuan Zulkifli Abidin, Pengarah JSJN yang juga selaku pengerusi jawatankuasa majlis, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Ahli Lembaga Pengarah UKM, Dato’ Yeow Wah Chin, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Mohammad Kassim, para pegawai UKM dan PDRM serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 6 people and military uniform

May be an image of 8 people and people standing

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and text that says 'สน aS NIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA The National University ofMalaysia'

May be an image of 5 people, people standing and outdoors

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 11 people and people standing

May be an image of 1 person, sitting and indoor

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 1 person, standing, brick wall and text that says 'ACRYLSANI emt'

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and brick wall

May be an image of 2 people, people standing and text

ArtikelDiterbitkan 21 Oct 2022 1.00 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM